Isnin, 8 Disember 2014

Must read | Inspirasi buat si Ibu yang masih belum dikurniakan rezeki HAMIL

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum,

Bercerita tentang ZURIAT...satu isu yang sensitif.. alhamdulillah, walaupun aku dah ada 2anak..tapi,aku dikelilingi rakan2 dan saudara yang belum dikurniakan rezeki zuriat..sikit sebanyak paham perasaan mereka

Rezeki anak KERJA ALLAH, kerja kita sebagai umatNya adalah berusaha..Ada yang baru kawin dah bunting pelamin, alhamdulillah...Ada juga rakan yg dah berbelas tahun kawin tapi belum diberikan rezeki.

La' Tahzan... berfikiran positif..in Shaa allah aura positif akan hadir otomatik..berlapang dada lah dalam setiap hal kehidupan kita.. xkira bab apa pon..

Ada kenalan nie..berbelas tahun kawin..jenis yg sempoi jer n tgk idup dia suami isteri cm xda masalah jer..tp sentiasa berusaha tanpa putus asa..tapi, Janji ALLAH itu PASTI.. Alhamdulillah now diberi rezeki Hamil dengan izinNya :)

Sedikit perkongsian dr beliau buat kita semua...

Wallahualam

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

Bismillah...buat mereka yang telah berkahwin tapi masih belum dikurniakan ZURIAT

1) Alhamdulillah...bersangka baiklah pada Allah..bersangka baiklah pada Allah...bersangka baiklah pada Allah...

2) Allah Maha Baik....

3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur) & syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu"

4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!

5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam

6) Buang semua perasaan sedih

7) Berlapang dada & senyum selalu

Jadilah insan paling bahagia tanpa anak..Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita~Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

9) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada detik & ketika ini

10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan

11) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita mempertikaikan kerja Allah

12) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita MAMPU & MAHU

13) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redha Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'

14) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau 'bersama' dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik

15) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah.

16) Jangan menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redha, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.

17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita

18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka

19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini
Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik

20) Suami & isteri kena berfikiran sama.Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita akan dapat anak kandung tahun depan 2015" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin

21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2015". "saya akan hamil pada 2015" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita

22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya Allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"

23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar

24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan

25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin

26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin

27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)

28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :))

SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!

****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita~

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

NOTAKAKI
Pernah seorang makcik ni, ketika anak sulungnya hampir berkahwin beberapa tahun yang lalu, dia mengadu, 'makcik tak sedia lagi nak timang cucu, makcik tak sedia lagi nak jadi tok, makcik muda lagi"

selepas anak sulungnya kahwin bertahun2, tidak dapat anak walaupun adik-adiknya kahwin dan semua dikurniakan ank...

para ibu dan ayah tolong jaga perkataan yg keluar dr mulut kita jgn smpai jadi satu doa tanpa sedar & anak2 tolong jumpa mak ayah risik2 bertanya kalau2 pernah menyebut perkataan seumpama ini.

Jika mungkin mak ayah kita dah terlupa atau menafikan, maka minta sahaja mereka sebut, " ya Allah aku redha ankku ini diberikan zuriat dan aku mahu menjadi nenek/tok/opah kepada anak yg dikandungnya nanti...tolong ya Allah..."


Wallahualam

Jumaat, 21 November 2014

SKBP (SUSU KAMBUNG BEE POLLEN) VS BRONCHOPNEUMONIA

Salam semua bidadari syurga...
Moga semuanya dibawah lindungan Allah s.w.t

Aku nak berkongsi kegembiraan suka duka dalam membesarkan mujaheedahku..

Aku ibu kepada wangian syurga ini yg diberi nama Anis Zakiyah Mohd Zaini.

Mula bagi si kecil ini minum SKBP sejak umurnya setahun.
Sebelum berkenalan ngan SKBP ni, Anis kerap demam,boleh kata setiap bulan akan demam.
Mungkin tidak sesuai dengan persekitaran baru di rumah pengasuh.

Bila demam panas,mesti batuk berkahak,selsema teruk dan sesak nafas.
Anak xsihat,ibu mana yg boleh tidur nyenyak.

Nov,2012

▪▪▪ sampai la satu hari, tgh kerja kak Pia (pengasuh) call suh aku turun n tunggu di ED segera,Anis muntah teruk dan badan lembik,
Allahuakbar!!!Cpt2 minta kebenaran KJ n salin baju.

ujan selebat2nya. Kak Pia smpai n menangis dukung Anis..
tgk Anis ms tu lembik,xmenangis n mata berair pandang aku,mcm minta simpati..
masa tu Allah jer yg tau perasaanku sbgai ibu..
menitik air mata sama lebat ngan air hujan.

Terus bawa Anis masuk resus room.
Alhamdulillah Anis banyak bg kerjasama,mungkin dh xda tenaga.
Sepanjang di resus room,kak Pia yg temankan aku,sbb suami berkursus di Penang.

Ambil masa nak balik semula ke KL. Doktor dtg n gtaw Anis kena admit ward n sahkan Anis kena BRONCHOPNEUMONIA.
ALLAH!!!

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

Di ward, alhamdulillah Anis xbnyk ragam...
Aku minta tolong kawan, Rohaida yg ngah shift malam jagakan Anis sementara aku balik rumah amik brg2 utk bermalam di ward.

Sepanjang malam berjaga,
kol3 pagi Abi Anis smpai baru boleh bergilir2 jaga.
Esok harinya, aku pulak yg demam panas,
tp masih gagahkan diri.

Masa di ward nie lah UKHUWAH terjalin dengan kak Nuqman Aliah ,
beliau dtg nak amik sekaten HKCC.

Alhamdulillah,badan Anis bg tindak balas baik dengan antibiotik.
4malam di wad, doktor benarkan Anis discaj.
SYUKUR YA ALLAH.

Seminggu uwo Anis jaga,selepas tu kami masukkan Anis di taska baru.
Bermula dari haritu, aku bg Anis minum SKBP+EBM.

Alhamdulillah, Anis jarang demam n dh xkena asthma attack.
Kalau demam pon, cepat sembuh pas minum SKBP.
Dia akan muntah lendir n hingus meleleh xtersekat.

Nov,2014
▪▪▪▪▪▪▪
Sekarang hampir 8bulan aku unpaid leave,
Alhamdulillah Anis belum pernah demam n kena asthma attack.
Aku terus berikan Anis SKBP sehingga ke hari nie.

Penah skali ssh nak dpt stok,
masa tu dh start risau, sana sini tanya stok.
Tp skang xda masalah lagi.

Pada ibu2 wangian syurga sekalian, berilah anak2 anda minum minuman sunnah ini.

In shaa Allah, banyak membantu dalam proses tumbesaran anak2 kita serta baik buat kita ibu2 yg mengandung.

Pada ibu2 yang ingin mencuba,boleh
sms/whatsapp/telegram
0137771135

HKCC spread ♡ together

Sabtu, 27 September 2014

ENTRY CAMPAK BELAKANG #1 :MY GeGoJeS HouSeMaTes

assalamualaikum...
hai rakan2 bakal ahli syurga sekalian
Alhamdulillah semoga kita semua berada di bawah lindunganNya...

maaf kalau2 penulisan agak kaku, baru berjinak2...hehehehe...
new entry nie nak story sal housemates masa student nursing dulu...
ngah filter pic dalam lappy... tertengok pic lelama..tertrobek lak kejap.. :)
apa yea nak describe dorang nie eh...
kami 5 ketoi.. lima2 lain perangai... hahahahaaa
tapi kitorang jarang sangat bergaduh..salah paham skit tu besa ler kan...hehehe


ni la kami berlima. dari kiri Akmar, aku, Ida, Dayah n Nida
masa ni g cuti2 kat bukit merah

antara moment best yang xleh lupa ngan dorang nie..
~ kami suka luangkan masa g jalan2.. tong2 duit n plan nk kemana..dalam 1 bulan tu mesti la kami g bejalan... semestinya kami guna keta kenari kema yg super kemas!
g picnic, g jalan2 cari makan n satu tempat yg xleh lupa... 
p men ice skating kt sunway pyramid...
dayah..u mmg legend kat situ..kahkahkah
~ curi2 g swimming pool kol 3-4 pagi...release tensen kononnya pas study.. 
pakgad pon smpai dh xlalu nak marah..kikikii
~suka  masak megi banyak2..letak dalam mangkuk besar,
letak 5 sudu...tp biasanya satu sudu xterusik...sape org tu??
dah tentu cik kema kita...dia xmkn benda2 gini..
tp dah nak last2 year tu dia jamah gak... maybe dah xtahan napsu godaan kami nie.. kui3
~bizi macam mana pon, bila tiba besday salah sorg antara kami... 
surprise mesti ada...WAJIB!!!! nie mmg xkan lupa sampai bila2...
tq korang...
~ barang dapur n peralatan umah tong2.. masak n makan sama2..
 dorg rajin n sedap masak.. aku??? maap laaa.. 
dah kawin baru aku start masak memasak..kikiii
~giler mekap...haaaaaa..yg nie rasanya lima2 mmg sekepala..kahkahkah.. 
ketuanya dah tentu nida... dah mekap, pkai baju cantik2
pkai tudung belit2... xpon set rambut..pehtu amik gambor..
ajernyerr gilerrr..hahahhaa

banyak sgt kenangan ngan dorang nie... kalau nk citer semua
7hari 7malam lom tentu abis..hahaha

ok..nak story sal korang sorang2...abislaaaaaa... kikikiii

puan rohaida yazid asal besut, terengganu
 isteri kpd wan mohd alif 
n ibu kepada wan adelia raisha

kami panggil dia nie ida... orangnya???sudah pastinya baik,comey n manis...
mee goreng dia mmg terbaik toqqqq!!!
bila cakap volumenya rendah, bila marah berkerut2 dahi.. tp memek muka dia time marah
wat aku nak gelak ajer...tp kalo betol2 dia marah...ckp smpai nangis..hahaha
jgn nk main2 dah kalo smpai tahap tu.. habitnya suka ketap bibir..
ngah pikir ketap bibir... ngah bercerita ketap bibir... plus muka blur2..
hahahahaaaa...jangan marah naaaa...

puan akmar ramli asal kajang, selangor
isteri kepada encik mohd radzi

nie la cik kema kita..ngeeeeee.. pengantin baru yawww! 
seorang yg perfectionist... sebab ape? antara kami berlima cik kema paling menjaga pemakanannya
supplement xtinggal, penjagaan muka n badan mmg tiptop...
beruntung encik radzi kiter..hahaha
suka masak masakan ala2 barat...aku mmg xgheti!!! jangan harap laaa
keta kenari cik kema la yg kami lenjan selalu...tp dia la driver nya.. 
keta kemas n wangi sentiasa... senang citer cik kema mmg superb!!!!!



           
cik rosnida anwar asal gua musang,kelantan

single mingle ag nooooo.... kami panggil nida aka baby...
sebab ape panggil baby??? hehehe.. antara kami, dia la paling manja...
dia yg selalu meng"havoc'kan suasana
dia jugak one of our cooker..mih3.. masakan timur dia champion..
bila mekap pon dia champion gak.. makin comey lote lo nih..
bayangkan org ngah struggle study, tiba2 dia katup buku
n guess what?? dia p mekap... hahahaaa..terapi katanya..layannnn
 tp sape engat baby dlu2??
hahahahaa... mmg jauh berbeza dengan skang..
korang semua mmg xkan percaya... 
transpom 360 darjah... wa caya sama lu beb!!!


cik nurulhidayah rozali asal kuala terengganu

cik dayah kita nie masih single but maybe not available..kikikiii
orangnya sopan,cantik manis...wat semua org tertawan.. cairrrr yob2 semua :)
agak perahsia orgnya, kuat gelak..bila bercakap volume paling high...hahhaa
tp kalo ckp ngan ehem2..uyyaaaaiiiii.. sebutir habok xdengor...
pengalaman yg xleh lupa ngan dia nie...hahahhaa..aduuyyaaiii
kelakar tp sakit... jatuh motor sbb mengelakkan sebiji keta mewah
amikkau..cium jalan la jawabnya... aku nie minah rempit dlu
mmg kaw2 la merempit..org kata jgn ikot..nk ikot jgk..kan dah mendapat..
tu sume takdir... kun fayakun

ujung tahun 2010, seminggu sebelum aku kawen..cik dayah berhijrah ke arab saudi
mencari pengalaman kerja kat sana...
kami semua merinduimu...huhuhu
pejam celik dah nk dekat 4tahun dah masa berlalu...jap je rasa kan???
alhamdulillah...moga dayah kuat n tabah di negara orang


pic sebelum cik dayah berangkat ke UAE, 2010
aku xdpt join sbb dah balik kg cuti kawen..huk3

pic dengan student nursing dari kota sabang, indonesia 2008


pic bersama group praktikal kat rumah kebajikan tengku budriah,cheras



pic graduate diploma of nursing,ukm 2008


pic wedding aku 10/10/10, manjung perak
xcukup korum..dayah xda..huuuuu
tq kema,ida n nida sebab menjadi pengapit n memeriahkan majlis kami...

sekian dulu entry kali nie...
moga korang  xbosan membaca yeee...
wat ex-housemate tersayang...didoakan semoga ukhuwah yang mula terjalin sejak 2005 
hingga kini 2014 akan kekal smpai syurga in shaa Allah
andai ada salah silap n terguris hati sepanjang perkenalan...
mohon diampunkan yea...
halalkan makan dan minum
sayang korang semua dunia akhirat!!!


wallahualam











Rabu, 24 September 2014

PeNaNGaN KoPiCiNo KaK BoS


[22kg vs 15kg]


Alhamdulillah,arini genap 36weeks of pregnancy..
1month to go or maybe less than that. Nervous?excited? Semua ada..
tp yg pasti, xsabar nak melihat n cium my new bundle of joy..
in shaa allah..moga dipermudahkan segala urusan..
aamiinnnn ya rabb.

Ni baru mukadimah. hahahahaa..sbnrnya nak share testi sket ngan semua sahabat..
masa 1st pregnancy dlu april 2011..belum kenal ag HKCC nie..
berat naik smpai 22kg masa bru msuk 9bln..hohoooo.. terbaikkk kan?
Dh last2 tu mybe ag naik kot...kikikii

Anis lahir Jan 2012,lbh kurang 7bln lepas tu bru la kenai HKCC nie haaaa...
masa tu Alhamdulillah badan dh kembali berat asal..mybe sbb menyusukan anak..
bila tgk kotak hkcc..ALAMAK!!kopi sachet???huuuu...ni la benda den xsuka..xtaw nape..mybe sbb xpnh rasa ag kopi sachet yg sedap..slalunya hancuss..
xpenah abis pon minum.last2 sinki yg abiskan..hahahaha.. 
Tapi husband,mak mer n akak ipar suh cuba jgk...
den pon cuba la..
1st time wat..n hirup..skali SLURPPPP...
ummaaakkaaiiii..
mmg buntang mata..sedap wehhh!!!
N pertama kali dalam hidup,berjaya abiskan minuman dari sachet..
sblm nie bli utk wat celup2 sekut jer..pastu buang..hehehee...
tp HKCC mmg terbaikkkk...

Kelebihan yg aku dpt ms awal2 minum dlu...
  • berat badan maintain 
  • susu badan mmg sgt la banyak..smpai chest fridge penuh..n rezeki anis..berjaya menyusukan dia smpai umur 2tahun lbh..
  • membuang pon sng..hahahaa
Alhamdulillah sangat2...
minum xbis sekotak..suami Zaini Yusop kata jom jd agent!!!
uittt..mula2 xyakin..tp suami dh support..aku on jer..
sbln jadi agent.. ada rezeki lbh n sonok share manfaat dgn kawan2..terus sign up stokis.
masa tu la bermulalah fasa penyebaran kebaikan KOPICINO, 
eratkan UKHUWAH dgn WAJAH2 HKCC yg lain 
dlm masa yg sama menambah 
side income.

Jan 2014, genap Anis 2tahun..disahkan mengandung ag..
Alhamdulillah..mmg rezeki yg sgt ditunggu2..
katanya kn stop minum HKCC wat sementara waktu..tp mana leh tahan..
curi2 gak minum..tp aku wat 1 sachet dlm 1 kole besi tu..cair la jadinya..xkisah la..
asalkan ada rasa..n aku campurkan HKCC n SKBP..
mmg holliiiaauuuuu!! Aku akan wat setiap hari dr 1st trimester smpai la skang..
xda pantang HKCC dh..kawan2 jgn tiru yeaa..
sbb ini ikot penerimaan badan masing2..
maybe ada yg xtahan sbb HKCC ada herba.

Now Sept 2014, genap 9bulan kandungan...
berat badan naik xsmpai 15kg..hiii..penangan HKCC+SKBP(KOPISUSU) baq hang!!!  
n HB xpnh bawah 13mmol..Alhamdulillah..

SKBP bukan saja terbaik wat wangian syurga kita..tp terbaik juga wat ibu2 mengandung..in shaa Allah dengan IzinNya 

Terima kasih Haida Kamaruzaman collagen cappucino 


Wallahualam



Ini gambar terkini aku... sesiapa berminat atau ingin bertanya sal KOPICINO KAK BOS ni
leh Whatsapp/Telegram aku kt nombor diatas yea... MACIHHHH


HKCC spread♡Together